Latar belakang Eugenik

Konsep penulenan baka atau keturunan untuk melahirkan dan membentuk manusia yang sempurna telah lama difikirkan seawal zaman Plato, di mana filsuf tersebut mencadangkan pembiakan terpilih demi menghasilkan suatu kelas atau kasta penjaga.[6] Di Sparta misalnya, setiap anak yang lahir akan diperiksa oleh suatu majlis yang menetukan nasib anak tersebut sama ada dibenarkan hidup. Seorang bapa di Rom Purba diwajibkan membunuh anak kelahirannya dengan segera sekiranya didapati berkelainan upaya secara fizikal.[7]

Idea eugenik yang moden berasaskan suatu kefahaman terhadap kewarisan manusia mulanya datang daripada pemberi nama bidang ini Francis Galton,[8] seorang ahli antropologi dan sosiologi dari England yang mendapat ilham daripada teori evolusi Charles Darwin[9] lalu berhasrat memakai prinsip-prinsip pemilihan semula jadi Darwin itu kepada manusia,[10] dengan alasan ciri-ciri kemanusiaan yang diingini itu bisa diwarisi, namun perkara tersebut ditolak Darwin sendiri.[10]

Pengenalan kepada ilmu genetik menjadikan eugenik dikaitkan dengan faham penentuan genetik (genetik determinism) di mana perwatakan manusia itu dipercayai bergantung sepenuhnya atau kebanyakannya kepada gen tanpa dijejaskan pendidikan atau persekitaran.

Penggunapakaian eugenik ini mencapai kemuncaknya apabila ia salahgunakan sebagai suatu pelaksanaan ideologi pemurnian ras yang dijalankan rejim NSDAP di bawah pimpinan Adolf Hitler.